MITTIS KAJANG

Ke Arah Melahirkan Generasi Huffaz Yang Professional

Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor atau ringkasnya MITTIS telah dirasmikan penubuhannya oleh Yang Berhormat Puan Dr. Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor pada 5 Januari 2013 bersamaan 23 Safar 1434. MITTIS Sabak Bernam adalah cawangan pertama ditubuhkan kini beroperasi di alamat Lot 10318 Jalan Sungai Burung, Panchang Bedena, 45300 Sungai Besar Selangor dan pada tarikh 1 Julai 2020, MITTIS telah membuka cawangan baru dan yang kedua bertempat di Lot 360 Jalan Cheras Kajang, Batu 13 Kg. Simpang Balak 43000 Kajang di atas tanah sendiri seluas 4 ekar beserta prasarana yang lengkap.

MITTIS merupakan sebuah sekolah tahfiz persendirian (swasta) peringkat menengah di bawah seliaan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) yang berteraskan sistem Pendidikan Islam merangkumi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah. MITTIS mengintegrasikan segala ilmu yang dipelajari dengan Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias tanpa ada pemisahan antara duniawi dan ukhrawi.

Sambutan masyarakat terhadap penubuhan maahad tahfiz sains di Selangor umumnya dan di MITTIS khususnya amat menggalakkan. Pelajar-pelajar yang menuntut di MITTIS bukan sahaja datang dari sekitar Selangor bahkan dari beberapa negeri seluruh Malaysia.

MATLAMAT PENUBUHAN
Matlamat MITTIS ditubuhkan ialah di atas kesedaran bahawa kurangnya golongan Huffaz Profesional di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya. Kewujudan MITTIS ini tepat pada masanya memandangkan hanya terdapat beberapa buah Tahfiz Sains sahaja di seluruh Selangor dengan bilangan pelajar yang amat terhad. Ianya mensasarkan dalam mencapai sasaran matlamat seperti berikut :

1. Melahirkan pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.
2. Menanamkan kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah-perintah Allah SWT berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW ke seluruh permukaan alam.
3. Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW dan mereka juga akan dibimbing supaya menjadi insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.
4. Melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran dalam agama islam. Ini juga akan menimbulkan keyakinan kepada diri pelajar bahawasanya hanya dengan amalan islam sahaja yang dapat membawa kejayaan di dunia dan akhirat.
5. Melatih pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu bapa, masyarakat dan Negara apabila tamat pengajian kelak.

VISI
Menjana Para Huffaz Professional Yang Berkemampuan Dalam Semua Bidang.

MISI
Melahirkan Generasi Akademi Intelektual Huffaz Yang Berdaya Saing Di Peringkat Nasional.

MOTO
‘Islamic Education For All’ Understand The Future, Today.

PENUTUP
MITTIS yang ditubuhkan ini mempunyai cita-cita tinggi bagi melahirkan huffaz yang profesional di Malaysia amnya dan Negeri Selangor khususnya kerana Negeri selangor amat kurang golongan profesional huffaz bagi pemangkin generasi Al-Quran di negeri ini. Disamping itu, dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dari sudut rohani dan ilmuwan. Kami sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah SWT semoga dilahirkan para Mukhlisin sebagai penaung, penggerak dan seterusnya sebagai pemangkin generasi Al-Quran hingga akhir zaman.

LATAR BELAKANGΒ  imageLATAR BELAKANGΒ  imageLATAR BELAKANGΒ  image
1

Silibus KSSM Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

Sekolah Swasta Pertama Yang Mengambil KBT di Malaysia Serta menggunakan Silibus JAIS.

2

Kurikulum Integrasi Quran

Melahirkan generasi Akademik Intelektual Huffaz yang berdaya saing di peringkat nasional.

3

Kokurikulum

Kokurikulum Penuh (Badan Beruniform, Kelab & Persatuan)

4

Modal Insan

Kelas Tafaqquh Fiddin, Pembangunan Akhlak, Budaya & Cara Hidup Islam

5

Asrama

Kehidupan Seharian Yang Penuh Dengan Aktiviti Serta Berasrama Penuh (tempat adalah terhad)



PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2023 MITTIS KINI DIBUKA

Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (MITTIS) adalah sebuah institusi pendidikan tahfiz swasta berdaftar dengan KPM dan JAIS yang ingin melahirkan generasi Akademik Intelektual Huffaz yang berdaya saing di peringkat nasional.

Pencapaian Sekolah dan Murid:
πŸ† Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017 (Kategori SMI Swasta: Sijil Menengah Agama)
πŸ† Anugerah Pengurusan SAR Tahfiz Terbaik 2014
πŸ† Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2020 (Tempat Ketiga wakil Negeri Selangor Kategori 1-10 Juz)
πŸ† Juara Ping Pong Kejohanan Sukan dan Amal Islami PITAS Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 2020

Untuk permohonan, Klik Disini Untuk Mendaftar

Untuk maklumat lanjut berkaitan MITTIS, sila layari www.mittiskajang.com
FB: ​Mittis Kajang​​​
IG: ​Mittis Kajang​​​

“Bersama Melahirkan Huffaz Profesional”
POLISI PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DI MITTIS

1. Semua pembayaran yuran mestilah melalui akaun sekolah seperti yang berikut :
NAMA BANKNAMA AKAUNNO AKAUN



Bank Muamalat Malaysia BerhadMITTIS (Kajang) Sdn Bhd120 7000 6944 714
(BMMB)


Kaedah pembayaran
DEPOSIT TUNAI (di kaunter /deposit mesin)
ONLINE TRANSFER (Pindahan Atas Talian)
CEK
Tunai di Kaunter Pentadbiran MITTIS

Pembayaran melalui kaedah a,b dan c sangat digalakkan bagi mengurangkan simpanan tunai di pihak kami. Segala resit/bukti pembayaran mestilah diserahkan di kaunter pentadbiran atau melalui email/whatsapp MITTIS. Resit tidak akan diproses sehingga pihak pentadbiran menerima slip pembayaran tersebut bagi tujuan pengesahan.

Email : mittiskajang@gmail.com
Whatsapp : 011- 1234 8480 (Bahagian Kewangan)
**PERHATIAN PENTING SILA PASTIKAN SLIP PEMBAYARAN BANK ANDA DIBUAT SALINAN SEBAGAI SIMPANAN. PIHAK MITTIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KECUAIAN KEHILANGAN SLIP PEMBAYARAN DI BANK.

SEKIAN, TERIMA KASIH
BUTIRAN BERKENAAN YURAN image

IR. HJ. NAJIB BIN AHMAD


Ahli Lembaga Pengarah

Pengasas Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (Kajang) & MTTDE KAJANG

PROF MADYA HJ. ZAINAL ABIDIN BIN KIDAM


Pengerusi

Pengasas Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (Sabak Bernam) / Ahli Majlis Mara / Pengerusi Permuafakatan Pertubuhan Pendidikan Islam Selangor

TN HJ. DAUD BIN DOLLAH


Ahli Lembaga Pengarah

Pengarah kewangan Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (Kajang & Sabak Bernam)

RM25

Donation Amount

  • Kampung Batu 13 Kajang, Kajang, Selangor, Malaysia
  • Lot 360 Kg. Sg. Balak

GRATIFICATION MITTIS greatly appreciates each and every support and contributions made in helping us fulfilling our vision and missions. In the future, we hope to meet more passionate individuals like you in this humanity effort. May Allah SWT bless us for all our hardwork and sacrifices.